Tuesday, August 31, 2010

Lambakan guru wanita


Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
2010/08/30




statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita 279,650 orang.



ENTAH di mana silapnya dunia pendidikan kini berdepan masalah lambakan guru wanita manakala lelaki pula lebih selesa memilih bidang pekerjaan lain.

Alasan kurang mencabar, tidak sesuai dengan jiwa dan gaji sedikit antara faktor penolakan menyebabkan guru wanita mendominasi bidang perguruan biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi menarik golongan lelaki.

Berikutan ketidakseimbangan jantina itu, timbul persoalan, sampai bilakah senario ini akan berterusan?

Tokoh Guru Kedah Sayed Mahdzir Sayed Omar, berkata lambakan itu bukannya disebabkan golongan lelaki terlalu memilih, tetapi tawaran kerjaya lain lebih menarik.

Beliau berkata, dulu bidang kerjaya terhad, kini dengan perkembangan ekonomi memberangsangkan, wujud pelbagai bidang pekerjaan yang memerlukan kepakaran tertentu.

"Sesetengah lelaki memilih bidang perguruan, mungkin gagal mendapat pekerjaan lain di luar atau guru adalah pilihan terakhir mereka.

"Dari segi fizikal dan emosi, kerjaya ini lebih sesuai dengan wanita, malah pelajar rasa lebih selesa kerana wanita penuh kelembutan.

"Bagaimanapun, peranan guru lelaki juga penting kerana ada bidang tertentu yang tidak mampu dilakukan guru wanita," katanya.


Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita 279,650 orang.

Sayed Mahdzir, berkata sukar meneka mengapa kerjaya guru didominasi wanita namun hakikatnya, golongan itu mempunyai kredibiliti dan kesabaran melaksanakan tugas.

Walaupun guru wanita dikatakan lebih garang, pelajar mudah berkomunikasi dan ini memudahkan proses pembelajaran.

"Guru wanita mempunyai emosi lembut, mudah berunding dan lebih memahami menyebabkan kerjaya ini. Waktu bertugas juga agak fleksibel.

"Meskipun bebanan tanggungjawab semakin berat, mereka berkemampuan apatah lagi kerjaya ini bagaikan tugasan hakiki sejak dulu," katanya.

Namun, katanya, dalam beberapa aspek, kepakaran guru lelaki memang dituntut terutama membabitkan penggunaan fizikal, disiplin dan pendidikan jasmani .
"Malangnya, kekurangan itu menyebabkan guru perempuan terpaksa melakukannya, sudah tentu membebankan.

"Justeru, keseimbangan jantina juga penting bagi memastikan pelaksanaan bidang tugas mengikut kesesuaian mampu dilaksanakan," katanya.

Ditanya apakah bidang tugasan menuntut komitmen penyertaan guru lelaki, beliau berkata disiplin lebih sesuai kerana pelajar mudah memperlekehkan guru wanita.
Katanya, gejala sosial di kalangan pelajar terutama memerlukan mekanisme dan pemantauan sesuai yang hanya berkesan jika ditangani guru lelaki.

"Penting mengimbangi jantina antara dua golongan supaya penyelarasan tugasan dapat diseimbangkan kerana kemampuan guru wanita terbatas.

"Bayangkan apa akan jadi jika krisis ini berterusan, siapa yang akan menanggung akibatnya pada masa depan. Justeru, tindakan agresif perlu dilakukan bagi menarik guru lelaki menyertai kerjaya ini," katanya.

Beliau meminta Kementerian Pelajaran menambah kouta pengambilan guru lelaki selain menyediakan skim gaji lebih menarik.

"Itu antara langkah boleh dilakukan, untuk jangka masa panjang. Dulu, lelaki suka jadi guru, kini sebaliknya.

"Fenomena ini menyedihkan kerana gabungan antara guru lelaki dan perempuan boleh melahirkan kecemerlangan dalam akademik," katanya.

Beliau tidak menafikan kejatuhan disiplin pelajar juga disebabkan kurangnya peranan dimainkan guru lelaki namun bukan aspek kecemerlangan.
"Kewibawaan guru wanita tidak perlu dipersoalkan, mereka komited. Ini bukan masa mencari kesalahan orang lain.

"Selesaikan dulu kekurangan sedia ada. Letakkan kepentingan mendidik anak bangsa di tangga paling atas supaya tidak sesiapa menjadi mangsa," katanya.

Monday, August 2, 2010

TIPS UTAMA DALAM MENGHADAPI PERKARA PENTING ( INTERVIEW )

Assalamualaikum rakan2 semua...
pastinya anda sedang bertungkus lumus membaca dan cuba sedaya upaya untuk mengingati sesuatu bacaan itu.. tahniah atas usaha anda.. insyaallah ada usaha ada hasilnya... kita dilarang hanya mnyerah kepada YG ESA. Kita perlu berusaha bersungguh serta instiqamah setelah itu barulah kita berserah kepada yg MAHA ESA.
Walaubagaimanapun.... perkara utama yang ingin saya nytakan disini adalah..
RESTU AYAH BONDA... adakah anda sudah memohon maaf dengan ayah dan ibu.. adakah anda telah meminta keizinan serta meminta dihalalkan segalanya yang diberikan kepada kita..
DOA IBU MEMBAWA BAHAGIA.. ALLAH SENTIASA MEMBUKA RAHMATNYA KEPADA YANG MEMINTA.... jika seorang ibu berdoa untuk kejayaan anaknya.. insyaallah akan dimakbulkan doanya oleh yg MAHA ESA.. insyallah.. jesteru itu.. masih tidak terlambat untuk kita meminta jasa baik ibu supaya mendoakan kejayaan kita.. kenapa harus malu?? mintalah... kerana doa ibu itu amat besar nilainya....

Saturday, July 31, 2010

DUIT HANTARAN




Assalamualaikum.... my bloger geng,,,,

Arinie aper kater kiter sembang pasal duit hantaran....
dengar jer pasal hantaran..huh........... boleh mengeluh panjang la jugak..
sekarang macam-macam trend ader. nk macam mawi la.. siti la.. ning baizura la...
boleh kering poket dibuatyer..... zaman mak bapakkiter dulu.. 2, 3 ribu dah cukup.... tp sekarang jgn harapla kan...
trend yang biaser cikgu dengar.. (guner kater ganti diri cikgu nampak sopan sikit..hihi) SPM,,, 5 ker 6 ribu.. diploma n degree 10 ribu.. doktor.. aduyai... leh cecah 15k ker 20k....biler dipikirkan gaji macam cikgu nie... macam nk membujang jer sampai tua...
tp... x elok la pulak.. so kumpuljer la duitkan...
nk tau tak. fakta yang cikgu dapat dari member2 cikgu...
hantaran negeri kelantan biaser2 ajer
bawah 10k.. tuk zaman sekrang bawah 10k tue kire murah dah tue...
so aper lagi cari gewe kelate lah..hihihi
dari segi agama.. hantaran nie sebagai hadiah ikhlas dari pengantin lelaki kepada perempuan... hukumnya bukan wajib.. yang wajibyer duit mas kawin..
setahu cikgu johor murahjer RM 22.50..
kalaulah just bayar mas kawin.. mudah la nk kawin...
dari pembacaan cikgu... kiter kene mudahkn pejalanan bagi yang nak bina masjid nie..
so x perlula kot nk ikut gaya artis... artis senang2 leh dapat sponsor.. kiter,,, semua sendiri.. so ukur baju dibadan bakal laki la kan...
jgn sampai berhutang sebb kawin.. bukan x leh nk berhutang.. lagipun dalam islam diharuskan berhutang... tp kalau dah anak berderet tp hutang kawin x habis2.. aper citer tue.... kos hidup makin meningkat... leh jadi punca penceraian gak tu..
sebelum nk habiskan sembang nie... cikgu nk pesan ngn dr sendiri n member yg masih bujang... jom kumpul duit kawin.... hihihi

Thursday, July 29, 2010

Gigolo Kerjayaku.....



Assalamualikum....
wah... korang macam terkejutjer ngn tajuk tue... terkejut ak dah pasti..
tp jgn sampai pengsan sudahler k...
tajuk nie.... ak tergerak biler iklan kat tv3 nk kuarkan citer indonesia yg kul 3 tue.. tajuk gigolo...
ak pun searchla pasal gigolo ni...
ya salam.. baru ak tau.... kelas silat.. kelas yoga... kelas taichi... kelas memasak..
tue dah perkare biaser bagi lelaki....
tp ader satu lagi kelas yg memg mengujakan.. hahahahaha... kelas gigolo....
syarat-syarat kelayakan....
first... kompomla lelaki..
muker tue mesti nk yg macam fahrin ahmad ker yusri kru ker... paling koman pun macam mohd mentor la .. kuang2... sempat gak ngutuk2 ek...
yg ala2 jambu lagi digemari....muker2 baby face.... nampak suci jer....
duit.. kemewahan.. tue ganjaran mereka....
aper yg kene wat... bagi layanan istimewa la kan.. kat mak2 datin terpilih....
saper nk apply tekan sini....

....KELAS GIGOLO....

WAH.. ADER YG TEKAN KER....
hampeh tul.. kuang2.. terkener la korang...

yang kiter pasti memg la haramkan kelas tue.. ak bukan la mufti nk haram2 kan kelas orang.. tp dah jelas lagi terang semua tue berdosa.. wah.. jadi ustaz pulak nie..
ingatan bagi teruna yang masih teruna tue..
jagerla keterunaan anda k...
semoga kiter tidak terjebak dengan perkara terkutuk seperti itu....
insyallah....

Tuesday, July 27, 2010

HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA

Hala Tuju Pendidikan

Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran
dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah
1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang
telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas
(Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh
dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak
dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan
bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Sistem Pendidikan

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah

•Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;



(b) Pendidikan Rendah

•Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;


•Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;



(c) Pendidikan Menengah

•Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;


•Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-


1.sekolah akademik


2.sekolah teknik dan vokasional


3.sekolah kebangsaan agama



(d) Pendidikan Lepas Menengah

•Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

•Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.


•Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1. Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

Ciri-Ciri KBSR


5. Penekanan
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum

7. Bidang Pelajaran


Bidang
Komponen Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2


Komunikasi

Kemahiran Asas Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik Matematik

Manusia dan Persekitaran
Sikap , Nilai
dan Spiritual Pendidikan Islam
Pendidikan Moral Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

- Sains
Kajian Tempatan
Perkembangan
Diri Individu
Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum - Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i. Bidang Komunikasi
1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.

ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu
1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan



9. Teras KBSR
i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR
Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-
i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;
Kemudahan fizikal kelas
• ruang pembelajaran yang selesa;
• sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
• ruang pameran hasil kerja;
• bahan rujukan untuk penggunaan murid;
• bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.
Aspek emosi sosial
• penggunaan bahasa yang mesra;
• keupayaan guru memahami muridnya;
• penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Melibatkan murid secara aktif;
• Menjalankan penilaian yang berterusan;
• Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
• Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
• Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;
• Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;
• Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;
• Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
• Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;
• Simulasi
• Lakonan
• Permainan
• Tunjuk ajar
• Lawatan
• Bercerita
• Projek
• Sumbangsaran
• Main peranan
• Pidato

12. Penilaian
i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
• Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah
i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran
ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik
iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran
v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat
vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan
vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta
viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains

14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)


Mentafsir adalah
memahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum : membaca , memahami, organisasi pengalaman & menhargai objektif sukatan)
mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana perlu)
memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan

Merancang adalah
rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran, topic dan kandungan, strategi, penilaian)
mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)
pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang di inginkan

Mengubah suai adalah
berdasarkan keperluan (murid , persekitaran)
sumber yang ada
penggunaan ICT

Melaksanakan adalah
Melaksanakan didalam bilik darjah

Penilaian adalah
untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
analisis keputusan
mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

15. Rumusan

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan
3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan
dan kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk
menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.


| Pelajar | Penilaian Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kurikulum | KBSR | Bilik Darjah | Kembali |
Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006

Web Hosting • Blog • Guestbooks • Message Forums • Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! • Build your own toolbar • Free Talking Character • Email Marketing
powered by bravenet.com